KETERUJAAN seorang murid untuk membawa shawarma ke jamuan akhir tahun kelas bertukar menjadi situasi tidak dijangka apabila dia tersilap memberikan tarikh kepada peniaga yang menerima tempahan tersebut.Akibatnya, 15 bungkus shawarma bernilai RM100 dihantar lebih awal daripada tarikh sebenar jamuan berkenaan. Pemilik perniagaan itu, Nurul Asma Baharudin, 36, berkongsi kejadian tersebut selepas berdepan situasi tidak disangka ketika menghantar sendiri tempahan berkenaan ke sebuah sekolah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di Kelantan.Menurut Asma, murid Tahun Dua itu merupakan anak kepada pelanggan tetapnya yang sudah beberapa kali mengingatkan mengenai tempahan 'potluck' untuk jamuan di kelasnya.Asma (kiri) sudah mengusahakan perniagaan Bon Appetite Cafe sejak enam tahun lalu."Sejak minggu lepas lagi, budak darjah dua ni datang ke kedai dan pesan supaya jangan lupa tempahan shawarma untuk jamuan kelas dia pada Isnin."Tapi pada hari kejadian, saya tergerak hati untuk hantar sendiri tempahan walaupun masa tu sedang sibuk berniaga. Sepatutnya hantar pukul 1 tengah hari, tapi saya terlewat 15 minit," katanya kepada mStar.Setibanya di sekolah, Asma meminta bantuan beberapa pelajar yang lalu-lalang untuk memanggil murid berkenaan.Namun, kanak-kanak itu tidak muncul walaupun sudah beberapa kali dipanggil.ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan wanita ini sangat pemurah, top up berkepuk wang tunai kalau beg suami kosong - “Apa yang dia nak semua saya belikan”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘cair’ tengok senyuman peniaga ini, tak cakap banyak terus beli... Tegur sikap penjaja sombong!Tidak lama kemudian, murid darjah dua itu akhirnya muncul dan datang menghampirinya.Namun, dari jauh lagi Asma dapat melihat riak wajahnya yang ketakutan.Sewaktu bertemu, Asma meminta maaf kerana lewat menghantar pesanan sebelum murid itu memberitahu dia sebenarnya tersilap memberikan tarikh jamuan yang sepatutnya berlangsung pada 30 November."Saya terkejut tapi rasa kelakar apabila dia beritahu saya tentang salah tarikh hari jamuan. Lagi bertambah kesian apabila lihat wajahnya yang kelihatan sedih macam hendak menangis.Shawarma yang disediakan Asma mendapat sambutan sehingga menerima tempahan daripada kumpulan pelajar sekolah."Saya faham... dia pun masih kecil. Mungkin dia takut sebab buat salah. Apabila tengok keadaan dia begitu, memang saya kesian dan tak sampai hati nak biarkan dia terus rasa bersalah," ujarnya.Asma turut berkongsi gambar murid berkenaan yang kelihatan termenung di hadapan bekas berisi shawarma ketika mereka bertemu di kawasan sekolah.Melihat keadaan kanak-kanak itu yang kelihatan sedih dalam cuaca hujan, Asma tidak mahu kejadian tersebut menjadi kenangan pahit yang diingatinya sehingga dewasa.Murid darjah dua tersalah tarikh tempahan shawarma untuk jamuan kelas.Peniaga terkejut lihat wajah murid hampir menangis selepas menyedari kesilapannya.Sebanyak 15 shawarma bernilai RM100 diagihkan kepada rakan sekelas sebagai sedekah.Pemilik kafe menolak bayaran ganti rugi dan akan menyediakan tempahan baharu pada tarikh sebenar.Pengalaman belajar di Jordan mendorong Asma memperkenalkan hidangan Arab menerusi kafenya di Kelantan.Ringkasan ini dijana oleh AIDia kemudian mengambil keputusan untuk menghalalkan kesemua 15 shawarma berkenaan dan dijadikan sebagai sedekah kepada rakan sekelasnya.Kata Asma, setiap shawarma itu sudah dipotong dua, menjadikan 30 bungkus untuk diagihkan kepada pelajar di dalam kelas murid tersebut."Sebungkus shawarma saya jual RM7. Tapi untuk 15 bungkus, saya ambil RM100 saja. Ibu budak itu ada tawarkan untuk bayar ganti rugi tempahan, tetapi saya menolak kerana menganggap makanan tersebut sebagai rezeki budak-budak kelas dia."Saya akan sediakan semula shawarma dengan jumlah yang sama pada 30 November nanti, mengikut tempahan asalnya. Saya tak nak murid itu terus bersalah disebabkan perkara ini. Antara menu yang boleh didapati di kafe milik Asma berlokasi di Selising, Pasir Puteh, Kelantan."Kadang tu, ada je pelajar bagi duit tak cukup masa beli shawarma, tapi saya halalkan saja. Bagi saya, dalam perniagaan kita jangan berkira untuk berkongsi rezeki kerana Allah akan menggantikannya dengan rezeki lain nanti," katanya.Mengulas mengenai perniagaannya, Asma berkata, dia sudah mengusahakan Bon Appetite Cafe yang menyediakan makanan Arab di Alor Hijau, Selising, Pasir Puteh, Kelantan sejak enam tahun lalu.Tambahnya, minat terhadap makanan Arab bermula ketika melanjutkan pengajian dalam bidang Syariah, Fiqh dan Usul di Universiti Al al-Bayt, Jordan.Pengalaman menetap dan menikmati hidangan di negara Timur Tengah itulah mendorongnya membawa cita rasa makanan Arab seperti kunafa, Nasi Arab Mandy dan shawarma untuk dinikmati masyarakat di Malaysia.