MEMILIKI rupa paras yang menarik sering dianggap satu kelebihan, malah ada kalanya individu berpenampilan menawan mendapat layanan berbeza berbanding orang lain.Situasi itu turut berlaku di tempat kerja apabila seorang wanita berkongsi pengalaman melihat rakan sekerja lelakinya yang berwajah kacak sering ditugaskan untuk memujuk pelanggan yang sedang marah. Jelasnya, ketampanan wajah rakan sekerjanya itu seolah-olah menjadi 'penawar' kepada rasa marah pelanggan syarikat mereka setiap kali timbul sebarang masalah.Timbul dakwaan segelintir individu dengan rupa paras menarik menerima layanan istimewa di tempat kerja. -Gambar hiasan AI"Dulu ada rakan sekerja lelaki yang berwajah kacak. Kalau ada pelanggan marah, bos akan hantar dia untuk bercakap dengan pelanggan."Memang berjaya. Siap dapat tugasan seterusnya. Kerja dia pergi minum-minum dengan pelanggan, tolong minta maaf, ajak berbual dan gelak-gelak."Sementara dia pergi minum dengan pelanggan, staf lain akan selesaikan masalah yang berlaku," kongsi wanita itu.Wanita raih perhatian ramai selepas kongsi topik 'beauty privilege' di Threads.Dia berkata rakan sekerjanya yang berwajah kacak turut diberi tugas khas.Pekerja kacak itu sering dihantar untuk meredakan kemarahan pelanggan.Pelayar Threads yang lain turut berkongsi pengalaman berdepan situasi itu.Ringkasan ini dijana oleh AIKisah mengenai 'beauty privilege' itu menjadi perhatian ramai selepas ia dikongsi menerusi aplikasi Threads.Malah, ramai netizen turut berkongsi pengalaman mereka berhadapan situasi sama sebelum ini."Aku dulu ada seorang kawan lawa. Sekali pandang, memang akan toleh banyak kali. Setiap kali dia pergi temu duga, mesti dapat kerja.ARTIKEL BERKAITAN: Wajah kacak, pemakaian kemas... Wanita terkedu Gen Z datang mohon kerja tak tahu isi borang, keliru soalan kolum ‘jantina’ARTIKEL BERKAITAN: Kacak, ramai gadis berkenan! Pemandu lori kontena terima banyak DM perkenalan, pernah diganggu di R&R"Waktu kerja dulu, kalau ada nak minta kemudahan atau apa-apa peruntukan, memang suruh kawan yang cantik je pergi minta."Biasalah tu. Orang yang cantik je dibantu. Saya yang hodoh ni tiada siapa tolong walaupun tengah angkat barang berat," tulis netizen.