AKTOR Kamal Adli memohon maaf secara terbuka kepada bekas isterinya, Uqasha Senrose andai kenyataannya sebelum ini mengundang salah faham sehingga mengguris perasaan aktres itu.Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, berkata dia tidak berniat untuk mengungkit kisah lama atau menyindir mana-mana pihak. Sebaliknya, jelas Kamal, dia sekadar mahu menghargai sokongan kru dan rakan pelakon yang banyak membantunya ketika melalui fasa sukar sewaktu penggambaran filem Takluk 2: Op Daulat.Luahan Kamal sekadar berkongsi pengalaman hitam selepas diuji kemelut rumah tangga.“Sebenarnya tiada apa-apa yang salah pun, bukan cerita salah bual atau apa. Niat saya hanya mahu ucap terima kasih kepada semua orang yang ada waktu itu dan saya tidak sebut sebarang perkataan ataupun nama tentang isu yang terjadi.“Saya cuma cakap ada perkara berlaku ketika saya berada di tahap paling bawah dan saya berterima kasih kepada semua orang, itu sahaja. Tiada niat untuk saya 'menembak' sesiapa dan mungkin ini adalah salah faham.“Jadi kalau betul ia salah faham, di pihak saya, saya minta maaf sangat-sangat. Kalau perkara itu mencetuskan (trigger) rasa kurang senang sehingga dia terasa, saya minta maaf,” katanya kepada mStar pada Majlis Meet & Greet Duta Jakel 2027 di Kuala Lumpur pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli enggan kes cerai ganggu emosi sepanjang penggambaran ‘Takluk 2: OP Daulat’... Buat kecoh dan melawak di lokasiARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose tegur Kamal Adli ‘jaja’ kesukaran hidup selepas bercerai, enggan bekas suami raih simpatiMengulas lanjut, Kamal memaklumkan dia sekadar menjawab pertanyaan media mengenai cabaran menjayakan filem aksi berkenaan pada malam tayangan perdana. Pada masa sama, Kamal menegaskan hubungannya dengan Uqasha dalam keadaan baik demi anak mereka, selain turut memohon maaf kepada warganet dan berharap tiada lagi pihak yang terus mencetuskan perbalahan.“Waktu itu tengah tayangan perdana Takluk, jadi saya ditanya apa cabaran ketika itu dan saya teringat untuk berterima kasih alang-alang kru serta pelakon semua ada. Filem itu memang saya tunggu-tunggu, ia filem aksi yang perlukan mental kuat dan merekalah yang banyak menyokong saya habiskan penggambaran.“Tiada apa pun hendak bergaduh. Saya tengah gembira bersama anak dan hubungan saya dengan Uqasha pun tiada masalah, kami banyak berkomunikasi mengenai anak.“Saya juga minta maaf kepada netizen kalau ada yang rasa saya tidak patut cakap begitu. Saya harap janganlah ada sesi kecam-mengecam lagi sebab semua itu cerita lama, sudah habis dan sudah basi,” ujarnya.Kamal akui hubungan dengan Uqasha harmoni demi anak mereka.Terdahulu, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, meluahkan rasa kecewa menerusi hantaran di aplikasi Threads dan mempersoalkan tindakan bekas suaminya yang didakwa masih mengimbas kembali peristiwa perpisahan mereka.Ia susulan perkongsian Kamal yang menceritakan detik sukar apabila terpaksa memandu terus ke Kuantan, Pahang bagi menyambung penggambaran filem Takluk 2: Op Daulat tanpa sempat pulang bertemu keluarga selepas berpisah dengan Uqasha pada awal tahun ini.Untuk rekod, rumah tangga pasangan selebriti itu berakhir selepas Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu.